Persatuan Penduduk Taman Sri Nal (PPTSN)
Cakna Setulus Hati
Kursus Pengurusan Pertubuhan 3/2017
Dua orang wakil AJK PPTSN telah menghadiri kursus tersebut pada 06 Mac 2017 di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Negeri Kelantan. Kursus ini antara lain bertujuan untuk memberi taklimat berkenaan pelaksanaan pemberian geran sebanyak RM 10,000 bagi tahun 2017 sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Badget 2017.
Mesyuarat Pembentukan AJK Penaja Pertubuhan Khairat Kematian Masjid Al Manar.
Mesyuarat Pembentukan AJK Penaja bagi Penubuhan Khairat Kematian Masjid Al Manar telah diadakan pada 03 Mac 2017 di Masjid Al Manar. Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju penubuhan khairat kematian dengan nama Perubuhan Khairat Kematian Masjis Al-Manar. Tujuan penubuhannya adalah untuk memberi bantuan wang kepada ahli atau tanggungan ahli
bila berlaku kematian di antara mereka dan juga menjalankan kebajikan lain.
Apa Itu Khairat Kematian
Khairat berasal daripada perkataan Bahasa Arab yang memberi maksud kebajikan di mana ia turut merangkumi derma, sedekah dan sebagainya. Sedekah atau derma ialah sumbangan ikhlas daripada seseorang untuk diberikan kepada seseorang yang lain. Menurut Kamus Dewan, derma bermaksud sebagai bantuan yang berupa wang (kepada perkumpulan dan lain-lain), pemberian yang ikhlas dan sedekah (kepada orang miskin dan lain-lain). Sedekah pula bermaksud pemberian kepada fakir miskin dan lain-lain (dengan ikhlas). Manakala khairat diertikan sebagai kebajikan, derma atau sedekah.
Penggunaan istilah pungutan khairat ini telah diguna pakai sejak sekian lama di Malaysia, contohnya dalam Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 1952 dan Undang-Undang Pentadbiran Ugama Islam (Negeri Perak) 1965.
Namun begitu, penggunaan istilah pungutan khairat ini tidak meliputi khairat kematian yang diwujudkan di masjid-masjid kariah, tetapi boleh digunakan sekiranya dana tabung khairat kematian diwujudkan secara pungutan derma. Khairat kematian pada kebiasaannya ialah wang yang dikumpul daripada pencarum yang tinggal di sesuatu kawasan (ahli dan anak kariah) pada kadar tertentu dan diberikan kepada waris seseorang yang meninggal dunia apabila berlaku kematian.
Subscribe to:
Posts (Atom)