[01 Nov 16] Beberapa orang penduduk taman bergotong-royong memasang semula bumbung tempat ambil air sembahyang yang diterbangkan angin pada 15 Okt lalu. Kos pembelian kayu dan atap telah disumbangkan oleh orang perseorangan. Menurut En. Mohd Sakri yang merupakan 'thoochu' semasa pembinaan atap ini, struktur yang baru dipasang lebih kuat berbanding dahulu kerana menggunakan menggunakan kayu sebagai alas atapnya berbeza dengan sebelum ini (yang diterbangkan angin) menggunakan kekuda besi.
Sepakat membawa berkat....
Terima kasih kepada individu penyumbang dana dan penyumbang tenaga bergotong-royong.
No comments:
Post a Comment
Cadangan untuk penambahbaikan persatuan sangat dialu-alukan.