[08 Nov 16] Program kawalan keselamatan di Taman Sri Nal telah dirasmikan oleh ASP Mohd Zunaidi bin Junoh iaitu Ketua Polis Balai Daerah Kuala Krai dalam Program Taklimat Kesedaran Pencegahan Jenayah malam tadi. Program dimulakan dengan dialog antara persatuan penduduk dengan penduduk taman, seterusnya ASP Tuan Mohd Zunaidi telah menyampaikan ceramah mengenai kesedaran pencegahan jenayah kepada penduduk taman. Seterusnya program malam tadi juga telah di serikan lagi dengan ceramah oleh En. Zawawi bin Elias selaku Pegawai RELA Daerah Kuala Krai khusunya kepada anggota RELA sebagai panduan menjalankan tugas-tugas kawalan keselamatan turut mendapat perhatian penduduk taman.
Kawalan keselamatan di Taman Sri Nal telah bermula pada 15 Oktober 2016, walau bagaimanapun Program Taklimat Kesedaran Pencegahan Jenayah dan perasmian program tersebut dibuat pada 7 November, tiga minggu selepas anggota RELA menjalankan tugas kawalan. Menurut En, Mazlan Bin Setapa selaku Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Sri Nal memberi peluang anggota RELA yang bertugas penduduk taman melihat sendiri usaha yang telah dijalankan sebelum program tersebut.
Bergambar di hadapan Pos Kawalan PPTSN
ASP Tuan Mohd Zunaidi bin Junoh menyampaikan ceramah
Penduduk taman
No comments:
Post a Comment
Cadangan untuk penambahbaikan persatuan sangat dialu-alukan.