LAWATAN PEGAWAI ROS
4 Feb 2013 Persatuan Penduduk Taman Sri Nal telah dilawati oleh Pegawai Pendaftar Pertubuhan Negeri Kelantan yang di ketuai oleh En. Bustamam Bin Haji Zainal Abidin bagi tujuan memeriksa perjalanan persatuan.

Hasil lawatan bernotis tersebut En. Bustamam mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Persatuan kerana berjaya menyediakan sistem pengurusan fail yang lengkap dan pengurusan yang memuaskan. Secara keseluruhan beliau berpuas hati dengan perjalanan persatuan dan meminta segala usaha untuk memajukan Taman Sri Nal diteruskan.
En. Bustamam besama pegawainya En. Azlie memeriksa fail persatuan.
Pegawai ROS bersama beberapa orang jawatankuasa persatuan.
Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Sri Nal (PPTSN) mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli persatuan atas persiapan menyambut kedatangan pegawai tersebut dengan mengadakan gotong royong membersihkan kawasan taman. Semoga kita dapat sentiasa bermuafakat untuk kemajuan taman kita. Sepakat Membawa Berkat.
Bubur Asyura
No comments:
Post a Comment
Cadangan untuk penambahbaikan persatuan sangat dialu-alukan.