Persatuan Penduduk Penduduk Taman Sri Nal (PPTSN), Batu Jong, Kuala Krai, Kelantan telah diluluskan penubuhannya pada 07 Jun 2011 oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia dengan No Pendaftaran 2793-11-KEL. Jawatankuasa Kerja persatuan ini kemudiannya meluluskan penggunaan nama singkatan PPTSN untuk semua urusan rasmi dan tidak rasmi.
PPTSN adalah usaha gigih sekumpulan masyarakat Taman Sri Nal yang amat prihatin terhadap perpaduan dalam kalangan penduduknya. Pujian dan terima kasih pihak PPTSN rakamkan untuk Jawatankuasa Penaja yang menjadi perintis kepada penubuhannya.
Pada 8 Mei 2011, telah diadakan satu Mesyuarat Agung PPTSN yang pertama bagi melantik jawatankuasa yang akan menerajui dan memandu persatuan ini ke arah kecemerlangan, gemilang dan terbilang. Dengan pelantikan Cikgu Shaari Bin Umar selaku pengerusi pertama bagi Penggal Pertama (2011/2012) penubuhannya secara rasmi. PPTSN dilihat telah berada di landasan yang tepat dalam menjulang martabat warga Taman Sri Nal.
Penerangan logo
Nama
Nama timangan dan singkatan bagi Persatuan Penduduk Taman Sri Nal ialah PPT Sri Nal
Anak panah berwarna merah
Membawa maksud persatuan ini sentiasa melihat kehadapan dalam usaha memartabatkan maruah bangsa, agama dan negara. Ianya juga adalah lambang kepada warga persatuan ini yang sentiasa meningkatkan kualiti kehidupannya melalui usaha-usaha yang berterusan. Warna merah pada anak panah ini membawa maksud warga persatuan ini mestilah mempunyai semangat juang yang utuh tanpa mengenal putus asa dan penat lelah dalam memperjuangkan hak-hak warga penduduk Taman Sri Nal

MOTO PPTSriNal
"Cakna Setulus hati"
No comments:
Post a Comment
Cadangan untuk penambahbaikan persatuan sangat dialu-alukan.