[8 OKT 2016] Hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat sentiasa aktif dalam sukan dengan mengadakan Sambutan Hari Sukan Negara pada setiap hari sabtu minggu kedua pada bulan okterber setiap tahun telah memeriahkan suasana di padang Taman Sri Nal.
Program Hari Sukan Negara di Taman Sri Nal tahun ini di sambut meriah dengan anggaran kehadiran orang ramai hampir 500 orang. Bermula seawal jam 7.30 pagi dengan acara jogaton dan disusuli dengan acara sukan rakyat telah berlangsung dengan meriah sehingga keakhir program walaupun pada sebelah petangnya beberapa acara sukan rakyat terpaksa berlangsung di atas padang yang digenangi air kerana hujan.
Program ini turut melibatkan kakitangan daripada Unit Tabung Darah Hospital yang telah menyediakan khidmat saringan kesihatan dan derma darah. Menurut, pegawai yang bertugas, 27 orang awam telah telah terlibat dalam saringan kesihatan dan sebanyak 12 pine darah telah berjaya dikumpulkan pada hari berkenaan.
En. Mustapha memberi taklimat mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh Unit Tabung Darah HKK. |
Remaja lelaki dalam acara lari dalam guni. |
Kegembiraan terserlah dalam kalangan ibu bapa yang menyokong penglibatan anak-anak mereka dalam setiap acara. |
Kanak-kanak perempuan bersemangat dalam acara isi air dalam botol |
Jawatankuasa penganjur bersama anggota RELA yang bertugas |
Kanak-kanak lelaki dengan acara tiup belon. |
Hadiah kepada pemenang acara sukan rakyat dan cabutan bertuah
.
Juara lari dalam guni...Ha haa
Acara tarik tali dalam air_TSN
Acara rebut kerusi dalam air berirama_TSN
"Tengok gelagat orang pakai topi koboi..."
No comments:
Post a Comment
Cadangan untuk penambahbaikan persatuan sangat dialu-alukan.